Saturday, December 6, 2008

ANTARA TANDA2 HAMPIR AJAL.....

Ini adalah antara tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hatibahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidakdiberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpamemikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpasebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 4O HARI SBLM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugurdari pokok yangletaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu danjika ini terjadi, mereka yangterpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnyacuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan denganjumlah nyawayang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI SBLM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI SBLM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perutkita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orangyang akanmemandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinarlagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jikakita melihatnya daribahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akanberansur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depandan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI SBLM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyut nadi sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadaHdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak.....
semoga kita same2 dpat ambil iktibar..

ya ALLAH bnyaknyer dosaku padamu...
ampunilah dosa2ku, kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,sahabat handaiku dan muslim serta muslimat...kurniakanlah kami waktu bertaubat ya ALLAH sebelum ajalmu kunjung TIBA...
ameen..
semoga kita semua mendapat keampunanan dan keredhaan dari ALLAH..

1 comment:

Unknown said...

thanx 4 ur post.

it's really good.

rasa takut pula yang malaikat maut akan ikut kita tu. kemudian akan tunjukkan sekilas dirinya. pastu orang tersebut akan bingung seketika.

eeii cuaknya. tapi kalau org tu tgh syok dibuai indahnya dunia ni x sedar kut kan tanda2 tu..

hopefully we're not 1 of those people.

Related Posts with Thumbnails